MANILA: Filipina kini berdepan ancaman besar apabila Taufan Uwan (nama antarabangsa Fung Wong), yang diibaratkan sebesar negara itu sendiri semakin menguat dan dijangka menghentam utara Luzon dalam masa terdekat. Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Sabtu mengumumkan semua agensi kerajaan berkaitan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya, susulan amaran terkini mengenai kekuatan luar biasa taufan berkenaan. “Kami terus memantau pengukuhan Taufan Uwan ketika ia menghampiri utara Luzon. Semua agensi kerajaan…










