Disekat AS, Presiden Colombia sukar dapat gaji

Disekat AS, Presiden Colombia sukar dapat gaji

GUSTAVO PETRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro menghadapi kesukaran menerima gajinya selepas dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS).

Menurut peguamnya, Daniel Kovalik, Petro bersama isterinya, seorang anaknya serta Menteri Dalam Negeri Colombia dimasukkan ke dalam senarai hitam Jabatan Perbendaharaan AS dengan arahan Presiden Donald Trump selepas didakwa gagal membendung aktiviti pengedaran dadah di negaranya.

Sekatan tersebut menyebabkan aset Petro dibekukan di AS dan melarang beliau serta ahli keluarganya menjalankan sebarang urus niaga dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan negara itu.

“Kad kredit dan akaun bank mereka dibekukan, malah untuk menerima gaji rasmi kini pun sukar,” kata Kovalik.

Beliau turut mendedahkan sebuah syarikat minyak berpangkalan di AS enggan mengisi minyak pesawat rasmi presiden ketika lawatan Petro ke Sepanyol baru-baru ini. Kovalik menambah isu tersebut kini cuba diselesaikan melalui rundingan diplomatik.

Kovalik berkata, beliau akan mencabar sekatan itu di mahkamah AS serta mengemukakan rayuan rasmi kepada Jabatan Perbendaharaan.

“Proses ini akan panjang dan rumit, namun kami komited untuk menegakkan kebenaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN