BOGOTÁ: Colombia menemukan semula syiling emas dan gangsa, cawan porselin serta sebuah meriam dari kapal perang Sepanyol yang karam. Artifak tersebut merupakan khazanah pertama yang ditemui dari bangkai kapal San José yang tenggelam di Laut Caribbean lebih 300 tahun lalu akibat serangan Tentera Laut Diraja Britain semasa Perang Suksesi Sepanyol. Ketika itu, San José membawa emas, perak dan zamrud dari tanah jajahan Sepanyol di Amerika Latin untuk dihantar kepada raja…










