LONDON: Tiga rangka dinosaur gergasi bernilai 12.4 juta pound (RM68 juta) milik seorang ahli perniagaan Singapura disita pihak berkuasa Britain selepas dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram bernilai 2.5 bilion pound (RM13.7 bilion). Rangka fosil dua ekor Allosaurus dan seekor Stegosaurus berusia kira-kira 150 juta tahun itu dibeli oleh taikun Su Binghai di agensi lelong terkenal, Christie’s London, pada tahun lalu. Menurut laporan The Times, rampasan tersebut dibuat oleh Agensi…










