BRASILIA: Mahkamah Agung Brazil mengarahkan bekas Presiden berhaluan kanan, Jair Bolsonaro mula menjalani hukuman penjara 27 tahun selepas beliau kehabisan semua ruang rayuan dalam kes cubaan rampasan kuasa yang gagal. Bekas kapten tentera berusia 70 tahun yang pernah membangkitkan gelombang politik kanan di Brazil dan mengubah landskap politik negara itu kini mengakhiri kerjayanya yang penuh perpecahan dengan dipenjara di sebuah bilik kecil di ibu pejabat polis, lengkap dengan televisyen, peti…










