Bas bawa jemaah umrah India terbabas dekat Madinah, 45 terbunuh

Bas bawa jemaah umrah India terbabas dekat Madinah, 45 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Sekurang-kurangnya 45 jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan bas berhampiran kota suci Madinah, menurut polis India pada Isnin menjadikannya antara tragedi jalan raya paling buruk di Arab Saudi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Insiden kemalangan bas yang melibatkan jemaah India di Arab Saudi ini amat memilukan,” kata Pesuruhjaya Polis Hyderabad, VC Sajjanar, kepada media. Ramai mangsa dilaporkan berasal dari bandar itu.

“Berdasarkan maklumat awal, seramai 46 orang berada dalam bas ketika kejadian, dan tragisnya hanya seorang sahaja yang terselamat,” katanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi belum mengeluarkan angka rasmi korban.

Terdahulu pada Isnin, Perdana Menteri India Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah di media sosial, sambil memaklumkan kedutaan India bekerjasama rapat dengan pegawai Saudi di lokasi kejadian.

“Amat sedih dengan kemalangan di Madinah yang melibatkan warga India. Takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang.

“Saya berdoa semoga mereka yang cedera segera pulih. Kedutaan kita di Riyadh dan konsulat di Jeddah sedang memberikan segala bantuan yang diperlukan,” katanya.

Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2023, kemalangan jalan raya merupakan antara punca kecederaan dan kematian paling tinggi di Arab Saudi, dengan kadar kematian jalan raya yang masih tinggi berbanding negara berpendapatan tinggi lain.

Pada Mac 2023, sebuah bas yang membawa jemaah ke kota suci Mekah terbakar selepas berlanggar di sebuah jambatan, mengorbankan 20 orang dan mencederakan lebih dua dozen yang lain.

Pada Oktober 2019, seramai 35 warga asing terbunuh manakala empat lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan kenderaan berat berhampiran Madinah. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN