HAT YAI: Penduduk bandar Hat Yai diarahkan berpindah serta-merta hari ini selepas banjir terburuk dalam tempoh 25 tahun di wilayah Songkhla semakin meruncing berikutan limpahan air dari daerah Sadao. Arahan itu diumumkan oleh Gabenor Songkhla, Ratthasart Chidchu, selepas keadaan banjir bertambah kritikal sejak pagi. Semua penduduk di daerah Hat Yai diminta menuju ke zon selamat yang telah ditetapkan. Pejabat Perhubungan Awam Songkhla memaklumkan semua 16 daerah di wilayah itu kini…










