BANGKOK: Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir besar melanda selatan Thailand, memaksa ribuan penduduk dipindahkan selepas kediaman mereka ditenggelami air. Menurut kenyataan Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), sebanyak 10 wilayah terjejas termasuk Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat. Lebih 1.9 juta penduduk daripada 720,000 isi rumah dilaporkan terkesan dengan keadaan air yang terus meningkat, terutamanya di kawasan…










