AS lancar operasi ketenteraan baharu di Amerika Latin - Utusan Malaysia

AS lancar operasi ketenteraan baharu di Amerika Latin

PETE HEGSETH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan operasi ketenteraan baharu bertujuan menyingkirkan pengganas dadah di hemisfera Barat, di tengah-tengah kebimbangan peningkatan kehadiran tentera laut AS di perairan Amerika Latin boleh menjadi petanda serangan darat dan konflik lebih besar.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata operasi berkenaan dinamakan Operasi SOUTHERN SPEAR, yang bertujuan mempertahankan tanah air Amerika, membanteras pengganas dadah dan melindungi rakyat daripada ancaman dadah.

“Hari ini, saya mengumumkan Operasi SOUTHERN SPEAR. Misi ini mempertahankan Homeland kita dan menyingkirkan pengganas dadah di Hemisfera kita,” katanya menerusi hantaran di X.

Hegseth tidak mengulas lanjut mengenai bentuk operasi atau perbezaannya dengan tindakan ketenteraan AS yang dijalankan di Caribbean dan Pasifik timur, termasuk penempatan kapal dan pesawat bagi operasi anti-dadah.

Sejak awal September, tentera AS menyerang 20 kapal di perairan antarabangsa, mengakibatkan sekurang-kurangnya 76 kematian, menurut data rasmi AS.

CBS News memetik sumber yang menyatakan pegawai tentera kanan AS telah mengemukakan kepada Presiden Donald Trump beberapa pilihan operasi di Venezuela, termasuk kemungkinan serangan darat.

Menjelang pengumuman itu, Venezuela menggerakkan penempatan ketenteraan besar-besaran bagi membalas kehadiran tentera laut AS termasuk kapal induk serangan, pesawat F-35 di Puerto Rico dan enam kapal tentera laut di Caribbean.

Kerajaan Caracas bimbang operasi berkenaan merupakan percubaan untuk menukar rejim di negara itu secara terselindung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN