Trump yang tentukan tarikh akhir Hamas terima pelan damai Gaza - Rumah Putih - Utusan Malaysia

Trump yang tentukan tarikh akhir Hamas terima pelan damai Gaza – Rumah Putih

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menentukan sendiri tempoh akhir bagi Hamas menerima cadangan gencatan senjata yang disokong Israel, menurut kenyataan dari Rumah Putih pada Khamis.

Trump sebelum ini berkata beliau memberi Hamas tiga hingga empat hari untuk menerima pelan yang mengandungi 20 syarat utama, termasuk pelucutan senjata, yang pernah ditolak oleh Hamas dalam rundingan lalu.

Sumber dalaman memaklumkan Hamas kini meneliti secara serius cadangan tersebut.

Dalam satu temu bual bersama Fox News, jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt menyatakan hanya Presiden Trump yang akan menetapkan bila pelan itu dianggap ditolak oleh Hamas.

Beliau menegaskan Trumpdan pasukannya sudah berusaha keras merangka pelan komprehensif tersebut, yang disifatkannya sebagai munasabah dan terperinci.

Tambah Leavitt, pihak pentadbiran menjangkakan Hamas akan menerima cadangan itu agar proses ke arah keamanan dapat diteruskan.

Pelan yang dikemukakan termasuk gencatan senjata segera, pertukaran tebusan, pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari Gaza, pelucutan senjata Hamas serta pembentukan kerajaan peralihan yang diketuai oleh sebuah badan antarabangsa.

Kebanyakan elemen dalam dokumen ini pernah dicadangkan dalam rundingan sebelum ini namun gagal mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×