WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yakin perjanjian damai antara Israel dan Hamas mampu dicapai, susulan persetujuan kumpulan pejuang Palestin itu terhadap beberapa perkara penting dalam rundingan yang berlangsung. Ketika ditanya oleh pemberita di Pejabat Oval mengenai kemungkinan wujud pra-syarat seperti keperluan Hamas melucutkan senjata, Trump menjawab beliau mempunyai “garis merah” tertentu yang mesti dipatuhi sebelum sebarang perjanjian dimuktamadkan. “Saya ada garis merah; jika syarat tertentu tidak dipenuhi, kita…