CHICAGO: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa supaya beberapa pemimpin Parti Demokrat di negeri Illinois dipenjarakan kerana didakwa menghalang operasi besar-besaran pengusiran pendatang yang sedang dijalankan oleh pentadbirannya. Gesaan itu dibuat sehari selepas kira-kira 200 anggota tentera dari Texas tiba di Illinois bagi memperkukuh operasi diketuai Jabatan Kastam dan Penguatkuasaan Imigresen (ICE). Chicago, bandar terbesar di negeri itu dan ketiga terbesar di AS, kini menjadi medan utama konfrontasi antara…