KUALA LUMPUR: Thailand dan Kemboja bersetuju mengundurkan tentera serta menarik balik senjata berat dari kawasan sempadan, sekali gus menandakan permulaan baharu ke arah keamanan berkekalan antara kedua-dua negara jiran itu. Persetujuan itu dimeterai menerusi perjanjian damai bersama yang ditandatangani di Kuala Lumpur semalam dalam satu majlis disaksikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan masing-masing, Perdana…










