GAZA: Hamas akan mula membebaskan tebusan Israel yang ditahan di Gaza pada Isnin pagi sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempengerusikan sidang kemuncak antarabangsa di Mesir bagi membincangkan rancangan keamanannya untuk rantau Asia Barat. Dalam fasa pertama perjanjian tersebut, Hamas akan membebaskan 20 tebusan yang disahkan masih hidup oleh Israel, sebagai pertukaran dengan hampir 2,000 banduan Palestin. “Menurut perjanjian yang ditandatangani, pertukaran banduan dijadualkan bermula pagi Isnin seperti yang…