TEL AVIV: Israel menyatakan kesediaan membayar pampasan kepada keluarga pegawai keselamatan Qatar yang terkorban dalam serangan udara terhadap pemimpin Hamas di Doha, menurut laporan penyiar awam Kan yang memetik kenyataan pegawai Israel. Pegawai keselamatan itu maut ketika bertugas berhampiran lokasi kehadiran beberapa pemimpin kanan Hamas yang menjadi sasaran utama operasi ketenteraan Israel. Laporan ini muncul selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memohon maaf secara rasmi kepada Qatar berhubung insiden itu.…