STOCKHOLM: Seorang saintis Amerika Syarikat (AS), Fred Ramsdell dikejutkan dengan berita memenangi Hadiah Nobel dalam bidang perubatan ketika bercuti di kawasan pergunungan di barat negara itu. Ramsdell, seorang pakar imunologi menikmati cuti mendaki dan berkhemah bersama isterinya, Laura O’Neill, apabila beliau menerima berita berkenaan. Menurut Setiausaha Agung Jawatankuasa Nobel, Thomas Perlmann, pihak penganjur gagal menghubungi Ramsdell kerana telefon bimbitnya berada dalam mod pesawat. “Mereka masih berada di kawasan terpencil yang…