Russia bedil Kyiv, bekalan elektrik terganggu

Russia bedil Kyiv, bekalan elektrik terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia melancarkan serangan besar-besaran ke atas ibu negara Ukraine pada Jumaat, dengan peluru berpandu balistik dan dron membedil Kyiv sehingga mencetuskan gangguan bekalan elektrik serta air.

Tentera udara Ukraine menggesa penduduk Kyiv kekal di tempat perlindungan, sementara pegawai bandar melaporkan sekurang-kurangnya sembilan cedera akibat serangan itu, dengan lima dirawat di hospital.

Datuk Bandar, Vitali Klitschko berkata, pasukan Russia menyasarkan infrastruktur kritikal, menyebabkan gangguan elektrik dan bekalan air kepada penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bahagian kiri ibu negara kini tiada bekalan elektrik. Terdapat juga masalah bekalan air,” kata Klitschko di platform Telegram.

Jurugambar AFP di bandar itu turut mendengar beberapa letupan kuat dan mengalami gangguan bekalan elektrik di kawasan kediaman masing-masing.

Menteri Tenaga Ukraine, Svitlana Grynchuk berkata, tentera Russia sedang melancarkan serangan besar-besaran ke atas grid tenaga negara itu.

“Pekerja tenaga sedang mengambil semula langkah perlu untuk meminimumkan kesan negatif.

“Sebaik keadaan keselamatan mengizinkan, pekerja tenaga memulakan kerja pemulihan dan penilaian akibat serangan itu,” katanya di Facebook.

Russia turut meningkatkan serangan udara ke atas kemudahan tenaga dan sistem kereta api Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×