LONDON: Kejatuhan Putera Andrew, anak ketiga mendiang Ratu Elizabeth II, kini dianggap ‘lengkap’ selepas Raja Charles III melucutkan semua gelaran diraja yang pernah disandang adiknya itu semalam. Langkah drastik itu disambut baik oleh keluarga Virginia Giuffre iaitu wanita yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual oleh Putera Andrew yang menyifatkan keputusan Raja Charles sebagai satu kemenangan moral. “Seorang gadis biasa dari Amerika berjaya menjatuhkan seorang putera Britain dengan keberanian dan kebenarannya,”…

 
								 
											








