Polis tumpas sindiket curi lebih 1,000 kerusi restoran di Sepanyol - Utusan Malaysia

Polis tumpas sindiket curi lebih 1,000 kerusi restoran di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Polis Sepanyol menumpaskan satu kumpulan jenayah yang mencuri lebih 1,100 kerusi dari kawasan tempat duduk luar restoran dan bar di Madrid serta sebuah bandar berhampiran, dalam tempoh hanya dua bulan.

Susulan itu, pasukan Polis Kebangsaan Sepanyol pada Rabu mengumumkan penahanan tujuh individu yang disyaki mendalangi sindiket jenayah tersebut.

Kumpulan yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita itu menjalankan kegiatan mereka pada waktu malam, menyasarkan 18 premis di Madrid dan Talavera de la Reina iaitu sebuah bandar kecil di barat daya ibu negara sepanjang Ogos dan September.

Nilai kerugian akibat kecurian tersebut dianggarkan sekitar 60,000 euro (RM294,371), menurut pihak polis.

Suspek berdepan pertuduhan mencuri dan menyertai pertubuhan jenayah terancang. Mereka dipercayai menjual semula kerusi-kerusi tersebut di dalam negara serta di Maghribi dan Romania, kata polis.

Di Sepanyol, kebanyakan restoran dan bar meninggalkan meja serta kerusi yang biasanya diperbuat daripada logam atau plastik keras di luar premis pada waktu malam.

Biasanya, perabot ini disusun secara bertingkat dan dirantai bagi mengelak kecurian. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN