Pintas, tahan aktivis GSF, warga Israel halang tentera Zionis masuk ke Gaza - Utusan Malaysia

Pintas, tahan aktivis GSF, warga Israel halang tentera Zionis masuk ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Sekumpulan penunjuk perasaan Israel mengadakan demonstrasi luar biasa di sepanjang sempadan Gaza sebagai usaha menghalang tentera Israel daripada memasuki wilayah itu.

Protes tersebut tercetus sebagai reaksi terhadap tindakan tentera laut Israel memintas konvoi bantuan antarabangsa Global Sumud Flotilla, yang membawa bekalan kemanusiaan ke Gaza.

Penunjuk perasaan menegaskan mereka “marah dan kecewa” dengan cara kerajaan menangani krisis kemanusiaan di wilayah Palestin itu.

“Kami tidak boleh berdiam diri apabila bot bantuan kemanusiaan disekat dan aktivis keamanan dari seluruh dunia ditahan,” kata seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan.

Sejak Rabu lalu, tentera laut Israel memintas dan menahan puluhan kapal yang membawa bekalan perubatan, makanan dan barangan keperluan asas ke Gaza.

Menurut laporan, lebih 400 aktivis dari lebih 40 negara ditahan dalam operasi itu, termasuk doktor, wartawan, dan ahli parlimen asing.

Protes di sempadan itu dianggap luar biasa kerana ia membabitkan rakyat Israel sendiri yang secara terbuka menentang tindakan ketenteraan negaranya, serta menyokong kemasukan bantuan ke Gaza.

Rakaman di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan berbaring di hadapan kenderaan tentera, membawa sepanduk bertulis “Kemanusiaan Bukan Ancaman” dan “Biarkan Bantuan Masuk”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN