DOHA: Cadangan gencatan senjata Gaza yang dibentangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan diterima oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dijangka tidak membawa banyak manfaat kepada rakyat Palestin. Menurut penganalisis Al Jazeera, meskipun penghentian serangan udara Israel bakal melegakan penduduk Gaza, pelan 20 perkara Trump dilihat hampir tidak menawarkan sebarang kelebihan lain untuk rakyat Palestin. Peguam dan penganalisis Palestin, Diana Buttu, menyifatkan cadangan gencatan senjata itu sebagai satu pendekatan…