Pasangan suami isteri muka seiras, disangka kembar

Pasangan suami isteri muka seiras, disangka kembar

LIANG Caiyu dan He Xiansheng kelihatan seperti kembar sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANGDONG: Sepasang suami isteri di wilayah Guangdong menjadi tular dalam media sosial China selepas ramai netizen menyangka mereka adik-beradik kembar berikutan wajah hampir serupa.

Pasangan berkenaan, Liang Caiyu dan He Xiansheng, kedua-duanya berusia lingkungan 20-an, mengusahakan sebuah kedai ubat herba tradisional di bandar Dongguan, Guangdong dan berasal daripada keluarga yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perubatan herba tradisional.

Namun, perniagaan mereka pada awalnya sukar berkembang sehinggalah pasangan itu mula memuat naik video promosi di platform Douyin, iaitu versi tempatan aplikasi TikTok.

Caiyu kemudian mencadangkan suaminya turut serta dalam klip video lucu dengan berpakaian seiras bagi menonjolkan lagi persamaan wajah mereka.

Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari persamaan wajah dengan suaminya.

“Ketika kami baru berkenalan, saya tidak rasa kami kelihatan sama. Tetapi selepas hidup bersama hampir setiap hari bekerja, makan dan berehat bersama barulah saya perasan wajah kami agak mirip,” katanya.

Xiansheng yang dikenal sebagai seorang pendiam, akhirnya bersetuju tampil dalam video berkenaan, malah pernah menyamar sebagai wanita bagi menonjolkan lagi persamaan wajah mereka.

Selepas itu, pasangan ini mula mendapat perhatian meluas di media sosial dan ramai pengguna mengikuti akaun mereka semata-mata untuk melihat pasangan kembar tersebut.

Fenomena itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen China, dengan ramai yang meluahkan rasa tidak percaya terhadap kemiripan wajah mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN