BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu negara haram itu akan terus komited mencapai semua matlamat peperangan, bersempena ulang tahun serangan 7 Oktober yang berlaku di selatan Israel.
Dalam kenyataan terbaharunya, Netanyahu menyifatkan tempoh dua tahun kebelakangan ini sebagai satu “perang demi kelangsungan hidup dan masa depan Israel”.
Menurut beliau, Israel berjaya “mengubah lanskap Asia Barat” serta melemahkan kekuatan kumpulan-kumpulan yang disokong oleh Iran di rantau tersebut.
“Kita sedang melalui hari-hari penentu yang amat penting,” katanya.
“Israel akan terus berjuang untuk mencapai semua objektif perang termasuk membebaskan semua tebusan, menghancurkan pemerintahan Hamas, dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan Israel,” katanya.
Namun, kenyataan itu tidak menyentuh mengenai rundingan gencatan senjata yang berlangsung dan mencadangkan pengunduran tentera Israel dari Gaza dan penamatan perang secara kekal.










