TEL AVIV: Sebuah video yang tular dalam media sosial menunjukkan Menteri Keselamatan Israel, Ben Gvir bersemuka dengan beberapa aktivis yang ditahan, sambil menyebut, ‘Kamu pengganas’. Dalam rakaman itu, aktivis-aktivis tersebut berada di bawah jagaan pihak berkuasa Israel, sementara sebahagian mereka membalas dengan laungan, ‘Kebebasan untuk Palestin’. Seorang pegawai Israel sebelum ini mengesahkan tentera laut menahan lebih 400 aktivis pro-Palestin yang berada di atas 41 kapal dalam flotilla tersebut yang membawa…