SANTIAGO: Penduduk bandar perlombongan Tierra Amarilla di gurun Chile berharap keputusan mahkamah akan meredakan kebimbangan mengenai lubang benam gergasi berhampiran kediaman mereka yang masih belum ditimbus sejak tiga tahun lalu. Mahkamah pada bulan ini memutuskan anak syarikat Lundin Mining milik Kanada, Minera Ojos del Salado bertanggungjawab ke atas kerosakan akibat aktiviti di lombong tembaga Alcaparrosa yang dipercayai mencetuskan kejadian lubang benam itu pada 2022. Dalam keputusan itu, syarikat tersebut diarah…