Lori bahan api masuk ke Gaza buat pertama kali dalam tempoh 10 bulan - Utusan Malaysia

Lori bahan api masuk ke Gaza buat pertama kali dalam tempoh 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Beberapa lori bantuan yang membawa gas memasak dan bahan api dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, menandakan kemasukan pertama seumpamanya dalam tempoh hampir 10 bulan selepas sekatan ketat oleh Israel.

Menurut laporan Agensi Anadolu, sumber mengesahkan sejumlah lori yang sarat dengan bekalan gas dan bahan api dibenarkan masuk ke wilayah Gaza di selatan, melalui lintasan yang dikawal sepenuhnya oleh pihak Israel.

Kemasukan tersebut berlaku di bawah perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Selama lebih dua bulan sebelum ini, Israel hanya membenarkan purata 60 hingga 70 buah lori bantuan sehari memasuki Gaza, namun tidak termasuk bekalan gas atau bahan api yang amat diperlukan.

Hanya jumlah kecil bahan api pernah dibenarkan masuk untuk kegunaan organisasi antarabangsa sepanjang sekatan dua tahun itu, selain ketika gencatan senjata singkat pada Januari 2025.

Langkah ini disambut baik oleh rakyat Gaza yang sudah lama berdepan dengan kekurangan tenaga serius, khususnya untuk keperluan asas seperti memasak dan bekalan elektrik.

Isu kekurangan bahan api turut memberi tekanan besar terhadap sektor kesihatan dan logistik di wilayah yang masih terjejas akibat konflik berpanjangan.

Sebelum ketibaan bantuan ini, sebuah jawatankuasa rasmi kerajaan Palestin di Gaza tmenerbitkan senarai penerima bantuan gas memasak bagi memastikan pengagihan berjalan lancar dan tersusun di semua wilayah pentadbiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN