WASHINGTON: Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi ditutup selepas Kongres gagal meluluskan langkah pembiayaan untuk mengekalkan operasi dengan apa yang bakal berlaku di dalam Capitol masih menjadi tanda tanya. Penutupan selepas tengah malam Rabu itu berlaku apabila ahli-ahli Parlimen dan Presiden, Donald Trump gagal mencapai kata sepakat mengenai bajet, selepas rundingan tegang yang tertumpu pada tuntutan Demokrat untuk peruntukan kesihatan. Ini merupakan penutupan pertama sejak hampir tujuh tahun lalu,…