TEL AVIV: Bapa kepada seorang tebusan yang dibebaskan berkata, bekalan makanan untuk warga Israel yang ditahan di Gaza berkurangan apabila pentadbiran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menyekat bantuan kemanusiaan ke wilayah itu, lapor akhbar Haaretz.
Yehuda Cohen membuat kenyataan itu sehari selepas pembebasan anaknya, Nimrod Cohen.
Katanya, selepas kembali, gaya percakapan dan keadaan emosi Nimrod masih sama seperti dahulu.
Namun, Yehuda menegaskan baginya perang belum berakhir di peringkat nasional.
“Kita perlu memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden ini terutamanya Netanyahu supaya berundur,” katanya.
Kepungan menyeluruh Israel terhadap Gaza mencetuskan kebuluran di wilayah itu, dengan ratusan orang termasuk kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran.