ASHDOD: Tentera rejim zionis telah membawa kapal-kapal misi Global Sumud Flotilla yang mereka tahan ke pelabuhan Ashdod di Selatan Israel.
Setakat ini AFP melaporkan sebuah bot yang dipintas dam aktivisnya diculik oleh tentera Israel di laut Mediterranean di luar perairan Semenanjung Gaza, diiringi menuju ke pelabuhan selatan negara zionis itu.

Israel berkata, mereka akan mengusir aktivis pro-Palestin di atas Flotilla Sumud yang dipintas dengan kira-kira 45 kapal, yang memulakan pelayarannya yang memulakan pelayarannya sebulan lalu dengan ahli politik dan aktivis bertujuan memecahkan kepungan dan menyampaikan bantuan ke Gaza, di mana kebuluran diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP