ROM: Kesatuan sekerja Itali melancarkan mogok umum sebagai tanda solidariti kepada flotila bantuan ke Gaza yang dipintas Israel, mencetus gangguan perkhidmatan kereta api pada hari kedua demonstrasi di Rom. Mogok yang dianjurkan oleh kesatuan sekerja USB dan CGIL itu menyusuli tunjuk perasaan pada Khamis di beberapa bandar seluruh dunia, termasuk di Milan dan Rom, di mana kira-kira 10,000 orang berarak dari Colosseum. Penunjuk perasaan mula berkumpul semula pada pagi Jumaat…