JAKARTA: Indonesia menarik balik penggantungan lesen operasi tempatan TikTok selepas platform media sosial itu menyerahkan data yang diminta kerajaan berkaitan protes baru-baru ini, menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital negara itu. Indonesia merupakan pasaran kedua terbesar TikTok milik syarikat China, ByteDance dengan lebih 100 juta pengguna. Kementerian berkenaan pada Jumaat lalu memaklumkan menggantung sementara lesen operasi aplikasi tersebut kerana gagal menyediakan data mencukupi berhubung aktiviti ciri siaran langsungnya…