GAZA: Hamas bersetuju dengan beberapa bahagian dalam pelan damai 20 perkara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tetapi menegaskan unsur tertentu dalam cadangan tersebut masih perlu dirundingkan semula. Menurut seorang sumber kepada Al Jazeera, kumpulan tersebut menyerahkan jawapan rasmi mereka kepada Trump pada Jumaat, beberapa jam selepas Presiden AS itu memberikan masa sehingga Ahad untuk memberi maklum balas. Dalam pelan Trump, beliau menuntut gencatan senjata segera, pertukaran semua 48 tebusan…