Hampir 2,000 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel

Hampir 2,000 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seramai 1,966 tahanan Palestin yang bakal dibebaskan dari penjara Israel menaiki bas dalam persiapan untuk dibawa keluar, menurut seorang pegawai yang terlibat secara langsung dalam operasi pembebasan itu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 250 orang merupakan banduan yang disabitkan bagi kesalahan berkaitan keganasan dan dijangka dibebaskan dari Penjara Ofer di Tebing Barat.

Namun, pembebasan mereka dipercayai hanya akan dilaksanakan selepas baki tebusan Israel yang masih ditahan oleh Hamas di Gaza diserahkan sepenuhnya.

Media Arab turut melaporkan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin telah memasuki Penjara Ofer bagi memindahkan seorang tahanan keselamatan yang sakit dan termasuk dalam senarai pembebasan hari ini.

Dalam masa yang sama, seramai 1,718 lagi tahanan dari Gaza yang ditahan sepanjang tempoh perang kini sdibebaskan dari Penjara Ketziot di selatan Israel dan akan dihantar pulang ke Semenanjung Gaza.

Kesemua mereka dijangka dibawa ke Hospital Nasser di selatan Gaza sebaik tiba di kawasan itu untuk pemeriksaan dan proses lanjut.

Rakaman langsung oleh agensi Reuters turut menunjukkan kehadiran kira-kira sedozen lelaki bersenjata bertopeng berpakaian hitam dipercayai anggota sayap bersenjata Hamas berkawal di perkarangan Hospital Nasser, diiringi oleh kehadiran ratusan penduduk tempatan yang berkumpul menantikan ketibaan para tahanan.

Pembebasan beramai-ramai ini berlaku selari dengan rundingan pertukaran tebusan yang sedang berlangsung antara Israel dan Hamas, dalam usaha menamatkan ketegangan yang telah berlarutan sejak konflik tercetus beberapa bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN