Hamas serah empat lagi mayat tebusan Israel

Hamas serah empat lagi mayat tebusan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hamas menyerahkan empat lagi mayat tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Ia menjadikan jumlah tebusan yang diserahkan dalam keadaan meninggal dunia meningkat kepada lapan orang.

Tentera Israel berkata, mayat empat tebusan yang ditahan di Gaza itu sudah dibawa masuk ke Israel, sehari selepas Hamas menyerahkan empat mayat tebusan lain dan membebaskan 20 tahanan terakhir yang masih hidup.

Terdahulu pada Selasa, pihak berkuasa kesihatan tempatan di Gaza memaklumkan mereka menerima 45 mayat warga Palestin yang sebelum ini ditahan oleh Israel.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel mengenal pasti dua daripada tebusan yang terbunuh sebagai seorang warganegara Israel, Guy Iluz, dan pelajar pertanian dari Nepal, Bipin Joshi.

Sebuah kumpulan Israel yang memperjuangkan pembebasan tebusan pula menamakan dua lagi mangsa sebagai Yossi Sharabi dan Daniel Peretz, seorang pegawai dalam tentera Israel.-AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN