GAZA: Gaza Humanitarian Foundation (GHF) mengumumkan penutupan sementara semua pusat pengagihan bantuan di Rafah dan Netzarim, selaras dengan pelaksanaan fasa awal gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang dimeterai minggu lalu. Langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha menjayakan proses pembebasan tebusan serta penarikan tentera dari zon konflik, selain memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan dalam pelan damai. “Penutupan ini adalah tindakan pencegahan yang perlu untuk memastikan kelancaran operasi kemanusiaan dan…