Genjata senjata berjalan baik, JD Vance beri amaran terhadap Hamas

Genjata senjata berjalan baik, JD Vance beri amaran terhadap Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance berkata, pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza berjalan lebih baik daripada jangkaan dan yakin keadaan damai dapat dikekalkan.

Dalam lawatan rasminya ke Israel semalam, Vance turut memberi amaran keras kumpulan Hamas akan dilenyapkan sekiranya enggan bekerjasama, namun enggan menetapkan tempoh masa bagi pelucutan senjata kumpulan itu, antara perkara utama dalam cadangan damai Washington yang masih dalam rundingan.

Presiden AS, Donald Trump yang menjadi perantara kepada perjanjian damai itu awal bulan ini menegaskan, sekiranya kumpulan tersebut terus bertindak biadab, sekutu rapat AS di Asia Barat bersedia masuk ke Gaza dengan kekuatan penuh untuk menamatkan Hamas.

Lawatan Vance dibuat selepas keganasan tercetus semula pada Ahad lalu apabila serangan Hamas membunuh dua anggota tentera Israel, sehingga mencetuskan serangan udara balas yang mengorbankan puluhan penduduk Palestin.

Trump dalam catatan di media sosial berkata, masih ada harapan Hamas akan melakukan perkara yang betul, namun memberi amaran jika tidak, pengakhiran Hamas akan berlaku dengan pantas, ganas dan kejam.

Menurut Rumah Putih, Vance akan mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memulakan rundingan jangka panjang bagi menamatkan peperangan secara kekal.

Naib presiden itu turut memuji Israel atas kerjasama amat membantu dalam melaksanakan fasa pertama pelan damai Gaza anjuran Trump, namun mengakui masih banyak kerja sukar yang perlu diselesaikan bagi memastikan kemajuan selanjutnya.

Dua utusan khas AS, Steve Witkoff dan Jared Kushner, turut hadir bersama Vance dalam sidang media di selatan Israel selepas mengadakan pertemuan dengan Netanyahu.

Menurut laporan The New York Times, Trump menghantar ketiga-tiga pegawai kanan itu ke Israel bagi memastikan momentum pelaksanaan gencatan senjata kekal, sambil mempersiapkan fasa kedua pelan damai 20 perkara yang meliputi penubuhan kerajaan sementara Palestin, penempatan pasukan penstabil antarabangsa, pengunduran tentera Israel dan perlucutan senjata Hamas.

Namun, Israel bertegas tidak akan menyertai rundingan itu selagi semua mayat tebusan rakyatnya belum dipulangkan oleh Hamas.

Serangan Israel terhadap Gaza yang bermula selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 68,000 penduduk Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza sementara 1,200 rakyat Israel terbunuh dalam serangan awal itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN