GAZA: Sekurang-kurangnya 52 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang berterusan terhadap Semenanjung Gaza sejak malam tadi, menurut kenyataan agensi pertahanan awam wilayah itu dan beberapa hospital tempatan. Agensi berkenaan, yang beroperasi di bawah pentadbiran Hamas, memaklumkan serangan tersebut bermula awal pagi dan menyasarkan kawasan kediaman serta laluan awam di utara, tengah dan selatan Gaza. Hospital di seluruh wilayah itu mengesahkan menerima mayat 10 mangsa dari Bandar Gaza, 14…