GAZA: Semenanjung Gaza kini dipenuhi lebih 60 juta tan sisa runtuhan susulan dua tahun pengeboman dahsyat oleh Israel, sekali gus menyebabkan lebih 1.5 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Pengarah Rangkaian Masyarakat Sivil Gaza, Amjad Shawa, berkata kira-kira 300,000 hingga 400,000 penduduk yang sebelum ini dipindahkan berjaya kembali ke kawasan Gaza City dan bahagian utara wilayah itu sejak gencatan senjata berkuat kuasa. Bagaimanapun, beliau memberi amaran mereka kini berdepan keadaan…