DUBLIN: Enam individu ditahan selepas tercetus rusuhan ganas di luar sebuah hotel penempatan pelarian di barat daya Dublin, Ireland, susulan dakwaan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun. Menurut Pasukan Perkhidmatan Polis Ireland, Garda Síochána, kejadian berlaku di hadapan Hotel Citywest di Saggart apabila lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpun selepas media tempatan melaporkan suspek utama, lelaki berusia 26 tahun yang dituduh menyerang kanak-kanak itu, merupakan seorang pemohon suaka.…