Dunia saksi perjanjian damai akhiri genosid Gaza

Dunia saksi perjanjian damai akhiri genosid Gaza

DONALD Trump (kanan) dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menunjukkan dokumen yang ditandatangani semasa sidang kemuncak mengenai Gaza di Sharm el-Sheikh, Mesir. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Israel, Hamas dan para pengantara di Mesir menandatangani perjanjian damai bagi menamatkan genosid di Gaza.

Dokumen berjudul Langkah Pelaksanaan bagi Cadangan Presiden Donald Trump untuk Penamatan Menyeluruh Perang Gaza itu turut disahkan dengan tandatangan beberapa pengantara, termasuk Utusan Khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff.

Perjanjian tersebut memperincikan enam fasa utama bermula dengan pengumuman Trump perang di Gaza sudah berakhir dan semua pihak bersetuju melaksanakan langkah-langkah yang perlu bagi tujuan itu.

Langkah seterusnya menetapkan tentang kemasukan segera bantuan kemanusiaan, pengunduran Angkatan Pertahanan Israel (IDF), pertukaran tebusan di Gaza dan tahanan Palestin serta pembentukan pasukan khas bagi memantau pelaksanaan perjanjian di antara Israel dan Hamas.

Berikut butiran penuh perjanjian:

1. Trump mengumumkan penamatan perang di Gaza dan pihak-pihak terbabit bersetuju melaksanakan langkah-langkah bagi tujuan tersebut.

2. Perang akan serta-merta berakhir setelah diluluskan oleh kerajaan Israel. Semua operasi ketenteraan, termasuk serangan udara, artileri dan operasi penyasaran akan dihentikan. Sepanjang tempoh 72 jam, pemantauan udara akan digantung di kawasan yang ditinggalkan IDF.

3. Bantuan kemanusiaan penuh akan segera disalurkan seperti yang ditetapkan dalam cadangan tersebut.

4. IDF akan berundur ke garisan yang dipersetujui seperti dalam peta yang dilampirkan dan pengunduran mesti diselesaikan dalam masa 24 jam selepas pengumuman Trump dan kelulusan Knesset. IDF tidak boleh kembali ke kawasan yang ditinggalkan selagi Hamas mematuhi perjanjian.

5. Dalam masa 72 jam selepas pengunduran IDF, semua tebusan Israel, sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia yang ditahan di Gaza akan dibebaskan. Satu mekanisme perkongsian maklumat akan diwujudkan melalui pengantara dan ICRC mengenai tebusan yang belum ditemui atau mayat warga Gaza yang masih ditahan.

6. Satu pasukan khas antarabangsa akan ditubuhkan yang dianggotai oleh wakil AS, Qatar, Mesir, Turkiye dan negara lain yang akan dipersetujui untuk memantau pelaksanaan perjanjian dan menyelaraskannya antara kedua-dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN