Suspek tikam pelajar direman tujuh hari

Suspek tikam pelajar direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar lelaki berusia 14 yang menikam pelajar perempuan hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama ditahan reman tujuh hari.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Suspek yang juga pelajar tingkatan satu direman sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, suspek yang memakai baju oren diwakili peguam Anuar Ezzad.

Suspek tidak kelihatan di pekarangan mahkamah apabila difahamkan dibawa masuk melalui pintu berlainan bagi tujuan keselamatan. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi semalam, mangsa yang berusia 16 tahun ditemui berlumuran darah akibat kecederaan dengan beberapa kesan tikaman pada badan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menahan suspek dan merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×