WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan Israel boleh melancarkan semula serangan di Gaza sekiranya kumpulan pejuang Hamas tidak mematuhi pelan damai yang dimeterai sebelum ini.
Dalam wawancara ringkas melalui telefon dengan CNN pada Rabu, Trump berkata, tentera Israel boleh kembali ke jalanan sebaik sahaja menerima arahan dari beliau.
“Apa yang sedang berlaku dengan Hamas, perkara itu akan diselesaikan dengan cepat,” katanya.
Kenyataan Trump dibuat ketika Israel memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza mungkin dikurangkan atau ditangguhkan susulan jumlah mayat tebusan yang diserahkan masih kecil.
Namun, gencatan senjata yang rapuh itu masih kekal setakat ini.