CAMPINAS: Dalam usaha memerangi penularan demam denggi, Brazil membuka kilang nyamuk terbesar di dunia yang mampu menghasilkan sehingga 190 juta ekor nyamuk seminggu. Kilang yang terletak di bandar Campinas, negeri Sao Paulo itu meliputi keluasan 1,300 meter persegi dan menjadi pusat pembiakan utama bagi nyamuk Aedes aegypti yang digunakan untuk mengawal penyebaran virus denggi di negara berkenaan. Projek tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada kaedah saintifik yang terbukti berkesan dalam menghalang…