Bitcoin catat paras tertinggi baharu

Bitcoin catat paras tertinggi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bitcoin mencapai paras tertinggi baharu pada Ahad, meningkat melebihi AS$125,000 (RM526,105).

Mata wang kripto itu kini mencecah AS$125,689 (RM529,005), melonjak mengatasi rekod sebelumnya pada Ogos sekitar AS$124,500 (RM524,001).

Kenaikan kukuh Bitcoin didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati terhadap penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Lapor Bloomberg News, peningkatan dalam pasaran saham AS turut menyokong lonjakan Bitcoin, sementara pelabur beralih kepada aset selamat ketika ahli Kongres AS berunding mengenai pembiayaan kerajaan persekutuan.

Presiden AS, Donald Trump dan keluarganya juga merupakan penyokong tegar mata wang kripto dan terlibat dalam pelbagai usaha berkaitan industri itu yang meningkatkan kekayaannya.

Pendekatan pro-kripto Trump menandakan perubahan besar selepas bertahun-tahun pandangan skeptikal kerajaan AS terhadap industri tersebut di bawah pentadbiran Demokrat pimpinan Joe Biden, dengan Dewan Perwakilan AS meluluskan tiga rang undang-undang utama berkaitan kripto pada Julai lalu.

Perubahan dasar peraturan itu mendorong nilai Bitcoin untuk terus melonjak.

“Apabila banyak aset termasuk saham, emas dan juga koleksi seperti kad Pokémon mencapai paras tertinggi sepanjang masa, tidak menghairankan Bitcoin turut mendapat manfaat daripada naratif penyusutan nilai dolar,” kata Ketua Bersama Pasaran di firma broker kripto FalconX, Joshua Lim dipetik Bloomberg News.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×