BAGHDAD: Amerika Syarikat (AS) telah memulakan proses pengunduran tenteranya di Iraq selaras dengan perjanjian yang ditandatangani bersama kerajaan Iraq tahun lalu, sekali gus mengurangkan kira-kira 20 peratus kehadiran pasukan yang ditugaskan memerangi kumpulan pengganas Daesh. Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, dalam kenyataan pada lewat Selasa berkata, langkah itu mencerminkan kejayaan bersama Washington dan Baghdad dalam mengekang ancaman Daesh. Menurut seorang pegawai pertahanan kanan yang enggan dikenali, tanggungjawab memerangi saki-baki Daesh kini…