AS-Kanada mungkin sambung semula rundingan dagang

AS-Kanada mungkin sambung semula rundingan dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Ketua Menteri Ontario, Doug Ford mengumumkan penarikan balik kempen iklan antitarif yang mencetuskan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menamatkan rundingan perdagangan dengan Kanada.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan Ford bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan menangguhkan iklan berkuat kuasa Isnin ini bagi membolehkan rundingan disambung semula.

Trump sebelum ini mena­mat­kan semua rundingan per­­dagangan berikutan iklan te­levisyen yang ditaja oleh On­tario menggunakan kata-ka­ta bekas Presiden Ronald Rea­gan untuk mengkritik tarif AS.

Ford menegaskan iklan tersebut mencapai matlamatnya iaitu berjaya menjangkau penonton AS pada tahap tertinggi dan bertujuan memulakan perbincangan mengenai kesan tarif terhadap pekerja dan perniagaan.

Ford berkata iklan itu tetap akan ditayangkan sepanjang hujung minggu.

Jurucakap Rumah Putih, Kush Desai, berkata kempen iklan yang dibiayai pembayar cukai Ontario di stesen televisyen AS adalah contoh pegawai Kanada ‘lebih suka bermain permainan daripada berinteraksi dengan pentadbiran’.

Carney pula menegaskan Kanada masih bersedia meneruskan rundingan bagi mengurangkan tarif dalam beberapa sektor walaupun menghadapi ancaman tarif Trump.

Sokongan terhadap Ford turut diberikan Ketua Menteri Manitoba Wab Kinew dan British Columbia David Eby, yang menyifatkan iklan itu berkesan.

Dengan penarikan balik iklan ini, rundingan perdagangan Kanada-AS dijangka disambung semula, sekali gus meredakan ketegangan pertikaian tarif.

Keputusan pragmatik Ford juga menunjukkan diplomasi dan perbincangan menjadi jalan utama dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN