SIDOARJO: Usaha mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan dewan solat sebuah sekolah agama di Sidoarjo, Jawa Timur, menemukan lebih banyak mayat sepanjang hujung minggu lalu, menjadikan jumlah korban tragedi itu meningkat kepada 49 orang pelajar. Menurut Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), pasukan penyelamat menggunakan jentera berat, gergaji pemotong konkrit dan tangan kosong bagi mengalihkan timbunan runtuhan dalam usaha mencari 23 pelajar yang masih hilang. Bangunan berusia lebih 100 tahun di…