GAZA: Selepas pengisytiharan gencatan senjata antara tentera Israel dan Hamas, lebih 500,000 penduduk Palestin kembali ke Gaza City. Jurucakap pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal berkata, situasi kembali reda sejak Jumaat lalu, menyaksikan satu pergerakan besar penduduk berlaku di seluruh Gaza dengan tumpuan ke Gaza City. “Lebih daripada setengah juta orang sudah kembali ke Gaza City walaupun sudah tiada apa yang tinggal, inilah rumah kami,” katanya. Namun, di sebalik kegembiraan dapat…