Penganjur misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mengesahkan 13 kapal dalam konvoi bantuan ke Gaza dipintas oleh tentera laut Israel, namun 30 buah kapal lagi masih meneruskan pelayaran ke arah pesisir Gaza. Dalam satu kenyataan rasmi, GSF menegaskan tindakan agresif Israel tidak akan menggagalkan usaha mereka membuka laluan bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu. “Pemintasan haram oleh Israel tidak akan melemahkan kami. Misi ini akan diteruskan untuk memecahkan kepungan dan…