Ujian calitan pipi boleh kesan penyakit jantung libat kanak-kanak

Ujian calitan pipi boleh kesan penyakit jantung libat kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Satu ujian mudah menggunakan calitan di pipi mampu mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghidap penyakit jantung berbahaya sehingga lima tahun lebih awal berbanding kaedah diagnosis biasa.

Penyakit yang dikenali sebagai arrhythmogenic cardiomyopathy (ACM), lazimnya berpunca daripada faktor genetik, menyebabkan lebih 10 peratus kes kematian jantung mengejut dalam kalangan kanak-kanak.

ACM berlaku apabila terdapat kelainan pada protein antara sel jantung yang menjejaskan struktur serta aktiviti elektrik organ itu. Penyakit ini boleh berkembang secara senyap dan menyerang tanpa amaran.

Namun, penyelidik men­­dapati kelainan protein berkenaan juga boleh dikesan pada lapisan dalam pipi, sekali gus mencerminkan keadaan sebenar jantung.

Pakar kini bmembangunkan ujian calitan pipi selama dua minit yang mampu mengesan ACM.

Pakar dari Hospital Great Ormond Street dan St George’s, Universiti London, menjalankan ujian ke atas 51 kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga 18 tahun yang dikenal pasti mempunyai risiko genetik ACM. Mereka menjalani ujian calitan pipi setiap tiga hingga enam bulan dalam tempoh tujuh tahun.

Daripada jumlah itu, 10 kanak-kanak disahkan menghidap ACM, dengan lapan daripadanya menunjukkan kelainan yang berjaya dikesan me­lalui ujian calitan sebelum ujian lain dibuat.

Kajian turut melibatkan 21 kanak-kanak lain tanpa risiko genetik ACM dengan lima daripada mereka menunjukkan kelainan menerusi ujian calitan.

Penyelidikan turut mendapati perubahan boleh dikesan sehingga lima tahun lebih awal sebelum diagnosis rasmi dibuat melalui imbasan dan ujian lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN